Tuesday, April 30, 2013

General Election 2013

Bismillahirrahmannirahhim...

sempena election yang akan dijalankan ahad ni, macam terpanggil sikit nak menulis dan memberi pandangan.  

sekarang memang tengah hot la berperang sana-sini. dengan media massa (tv, surat khabar, internet merangkumi fesbuk, twitter dan lain-lain), banyak betol yang menegakkan pendirian masing-masing. bagus!! thumbs up to you. semua berfikir untuk kemajuan dan keharmonian negara tercinta. BAGUS!!

tapi, apa yag tak sedapnya...... bila ada segelintir yang macam tak ada akal pulak aku tengok. sorry la, macam kasar je bahasa. tapi memang seolah-olah tak ada akal bila bersuara mengeluarkan pendapat.

caci, maki, bahasa kasar, mencarut, menyumpah....

ada ke agama yang menggalakkan penganutnya untuk memcaci, memaki, menyumpah, mengeluarkan bahasa kasar, lebih-lebih lagi mencarut...?? aku tak rasa ada agama yang suruh penganutnya buat mende2 macam ni. and dalam ISLAM, iaitu agama anutan aku, memang dah terang lagi bersuluh sportlight yang larang untuk berbicara sehingga menyakitkan hati manusia yang lain. siapa yang tak setuju, pegi main jauh-jauh!!

bila baca dalam internet (terutamanya fesbuk), memang rasa macam kecewa sangat. sebab bila ada caci mencaci ni, sumpah menyumpah, carut mencarut, pemilik profile adalah  ISLAM. bukan semua tapi kebanyakan. sedih bila saudara seagama mencaci maki saudara seagama yang lain. 

salah ke kalau kita menyuarakan pendapat dengan bahasa yang baik dan sedap didengar? salah ke kalau kita bersuara dengan penuh hikmah dan lemah lembut. salah ke?

perlu ke dalam lapangan politik ini, kita menghimpunkan dosa dengan mencaci, memaki, mencarut dan sebagainya? berbaloi ke untuk kita yang masih bertatih untuk mencari redha dan mengumpul keampunan dari ALLAH (for muslim) menegakkan pendapat dengan mencaci dan memaki? berbaloi ke?

Malaysia memang memberi hak untuk bersuara kepada seluruh rakyatnya, tak kira yang kecil atau yang muda. gunakan hak itu sebaik-baiknya. tak perlu mengeluarkan kata yang kesat untuk menegakkan kebenaran. silap-silap, kerana bahasa yang kesat, kebenaran itu akan tertutup.

aku sayang negara aku iaitu MALAYSIA. jangan kerana mengikut hati dan perasaan, kita dipandang sebagai manusia yang tak bertamadun dan tak berakhlak. aku tau aku bukan la baik sangat, tapi aku tak pernah rasa nak memaki orang sesedap oren. 

ini bukan PAKATAN atau BN. or bukan BN atau PAKATAN. semua ada. baik penyokong PAKATAN atau BN.

terasa ke? sorry la, aku memang sengaja nak buat ko terasa..!!!

peace!!=)


2 comments: