rasa itu... semakin lama, semakin melekat dalam hati. rasa itu kuat mengganggu isi hati dan minda. rasa itu pelik...
tapi, rasa itu tetap indah. rasa itu membuatkan hidup lebih gembira. rasa itu anugerah ALLAH...
CUT!!!
enough for melodrama. haha. yang pasti, rasa tu tak kekal. mungkin rasa tu datang tepat time hati dan minda ni tengah dalam keadaan gile dan bengong.
rasa yang berkaitan dengan orang berlainan gender. bile difikirkan balik, jodoh ni memang pelik dan misteri... hehehe.. misteri la sebab kite tak tau sape jodoh kite. pelik sebab banyak yang aku dengar couple2 seantero dunia ni macam confident gile yang orang yang dieorang cinta sekarang ni (konon la..) adalah jodoh dieorang. pada aku, jodoh tu ALLAH yang dah tetapkan. so, selagi tak kena ikat dengan akd nikah, jangan cakap la tu jodoh korang. macam-macam boleh jadi beb!! sedangkan orang yang dah kawin pun boleh bercerai (kemungkinan bekad isteri/suami die bukan jodoh die yang sebenar), apetah lagi yang setakat bercinta i lap u, u lap ni.
"ala, cakap je la ko jeles kitaorang loving-loving couple. ko ade??"
mungkin ade orang akan cakap macam tu kat penulis entri ini, which is AKU!! tapi, ade aku kesah!! haha. bagi aku yang agak lama memegang title kaunselor tak bertauliah untuk kawan-kawan aku dari matrik sampailah universiti, banyak ragam orang bercinta yang membuatkan aku SERIAU!!! Seriau = atas lagi dari seram.. contohnya :
- kata sayang menyayang (macam lagu siti sarah & jamal abdillah) tapi tak percaya dan bergaduh hari-hari
- kata ini lah cinta hatiku yang terakhir, tak sampai 3 bulan, break!
- i lap u darling.. me too.. esok, jumpa kat pekan dengan pompuan lain. bile tanya, itu adik angkat i la. mak i suruh bawak jalan-jalan.
- i nak kawen dengan u. kite tunang ikut syariat dulu. ok, ini dah betul. cantik!! tapi..... u keluar dengan siape lunch semalam? i kan dah jadi tunang u. u tak bleh keluar dengan orang lain. u boleh keluar dengan i je. paham..??! hello.... ko baru tunang (dalam islam) itu pun mak ayah tak tau lagi. nak kongkong buat ape. bukannye die keluar dengan orang lain tu berdua. lunch company kot!!
aduhai!! pening tak kepala aku sebagai kanselor tak berdaftar? kalau betol2 aku jadi kaunselor, mesti aku dah kaya raya. hahaha.
sebab2 ni la aku macam seriau nak bercinta. haha! kalau ikut hati, macam nak jugak. kahkahkah. tapi memikirkan keadaan diri aku yang tak begitu bagus dalam area ni, baik tak payah. kalau terjadi mende2 macam ni kat aku, susah. bak kate orang, kite bagi nasihat senang, tapi bile nak buat, payah. huhu. setuju??
so, at the end, aku ikut je flow yang ALLAH dah tuliskan untuk aku. kalau DIA cakap ade tahun ni, tahun ni la. kalau tahun depan, tunggu tahun depan. kalau 5 tahun lagi, 5 tahun lagi la. sebab takdir kita ALLAH dah tulis siap2. cerita kita, movie hidup kita ni ALLAH dah siapkan sebelum kita lahir lagi. so, sebagai pelakon, kita kena follow sambil berfikir. bukan follow kosong je macam zombie kampung pisang atau hantu kak limah balik kampung k. BERFIKIR!!
last sekali, bak kata Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI yang femes tu.
"Kadang-kadang ALAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita. Dengan itu, berhentilah mengejarnya. Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita dan perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat"
so, tak payah la nak serabutkan kepala nak men kejar-kejar dengan dieorang ni yang belum tentu jodoh kita. tak ade faedah. masa terbuang dan hati pulak boleh merana.
ini bukan entri untuk menyakitkan hati sesiapa. ini untuk peringatan kepada diri sendiri dan jugak kepada yang macam dah ala-ala terkeluar dari landasan.
peace!!=)
No comments:
Post a Comment