malam semalam bukak fesbuk, nampak ayat ini. tetibe bebola mata ni macam melekat je kat ayat tu. sadis kan? hahahaha.
tapi macam mana owner kepada ayat ni boleh terpikir pasal ayat ni. of coz la original dari gerak hati yang ALLAH titipkan pada dia, tapi adakah kerana dia single dan dia berasa sunyi? dah macam persamaan matematik time aku belajar masa form 4 dulu.
anda single...............premis 1
anda sunyi................premis 2
kesimpulan...............single itu sunyi
lebih kurang la persamaan matematik tu.
tapi betul ke single tu sunyi?? aku single( ceh!! nak jual saham jap.. haha) tapi aku tak pernah rasa hidup aku sunyi. aku ade je family, kawan-kawan, laptop, handphone. macam mana pulak nak katekan single tu sunyi??
hahaha. mungkin tuan punya ayat ni sebatang kara and takde langsung kawan. walaupun ikot pemikiran aku, tak logik, sebab aku rasa takde sorang pon dalam dunia ni yang tak ada walau sorang pon kawan. even kalau die alone pon, bukan ke dia ada ALLAH (for those yang muslim) or GOD( for those yang non-muslim).
ke.... die aties??? (ateis=tak percaya kepada agama. dalam bahasa melayu=pagan)
ataupun, mungkin jugak die bersedih sebab die takde boyfriend/girlfriend yang boleh buat die happy. dan aku rasa la ini point utama ayat ni.
hello...!! tak mati pon kalau takde boyfriend/girlfriend!!
- alamak, saya tak boleh la hidup takde die.. (ayat biase orang yang mabuk cita..)
- dah tu, sebelom ko jumpe die, ko hidup bergantung pada mesin oksigen dari hospital ke? (amik ko!! nak sangat..)
sila jangan sempitkan pemikiran anda. anda mungkin single tapi hidup anda penuh dengan kegembiraan. orang lain mungkin berdua, tapi belum tentu mereka gembira.
so, jangan rasa terasing sebab anda sendiri. kerana anda masih gembira walaupun bersendiri. (ceh!! ayat untuk aku ni..!!)
peace!!=)
No comments:
Post a Comment