Tuesday, April 30, 2013

General Election 2013

Bismillahirrahmannirahhim...

sempena election yang akan dijalankan ahad ni, macam terpanggil sikit nak menulis dan memberi pandangan.  

sekarang memang tengah hot la berperang sana-sini. dengan media massa (tv, surat khabar, internet merangkumi fesbuk, twitter dan lain-lain), banyak betol yang menegakkan pendirian masing-masing. bagus!! thumbs up to you. semua berfikir untuk kemajuan dan keharmonian negara tercinta. BAGUS!!

tapi, apa yag tak sedapnya...... bila ada segelintir yang macam tak ada akal pulak aku tengok. sorry la, macam kasar je bahasa. tapi memang seolah-olah tak ada akal bila bersuara mengeluarkan pendapat.

caci, maki, bahasa kasar, mencarut, menyumpah....

ada ke agama yang menggalakkan penganutnya untuk memcaci, memaki, menyumpah, mengeluarkan bahasa kasar, lebih-lebih lagi mencarut...?? aku tak rasa ada agama yang suruh penganutnya buat mende2 macam ni. and dalam ISLAM, iaitu agama anutan aku, memang dah terang lagi bersuluh sportlight yang larang untuk berbicara sehingga menyakitkan hati manusia yang lain. siapa yang tak setuju, pegi main jauh-jauh!!

bila baca dalam internet (terutamanya fesbuk), memang rasa macam kecewa sangat. sebab bila ada caci mencaci ni, sumpah menyumpah, carut mencarut, pemilik profile adalah  ISLAM. bukan semua tapi kebanyakan. sedih bila saudara seagama mencaci maki saudara seagama yang lain. 

salah ke kalau kita menyuarakan pendapat dengan bahasa yang baik dan sedap didengar? salah ke kalau kita bersuara dengan penuh hikmah dan lemah lembut. salah ke?

perlu ke dalam lapangan politik ini, kita menghimpunkan dosa dengan mencaci, memaki, mencarut dan sebagainya? berbaloi ke untuk kita yang masih bertatih untuk mencari redha dan mengumpul keampunan dari ALLAH (for muslim) menegakkan pendapat dengan mencaci dan memaki? berbaloi ke?

Malaysia memang memberi hak untuk bersuara kepada seluruh rakyatnya, tak kira yang kecil atau yang muda. gunakan hak itu sebaik-baiknya. tak perlu mengeluarkan kata yang kesat untuk menegakkan kebenaran. silap-silap, kerana bahasa yang kesat, kebenaran itu akan tertutup.

aku sayang negara aku iaitu MALAYSIA. jangan kerana mengikut hati dan perasaan, kita dipandang sebagai manusia yang tak bertamadun dan tak berakhlak. aku tau aku bukan la baik sangat, tapi aku tak pernah rasa nak memaki orang sesedap oren. 

ini bukan PAKATAN atau BN. or bukan BN atau PAKATAN. semua ada. baik penyokong PAKATAN atau BN.

terasa ke? sorry la, aku memang sengaja nak buat ko terasa..!!!

peace!!=)


Friday, April 26, 2013

Rasa~~~~

Rasa itu datang lagi.....

rasa itu... semakin lama, semakin melekat dalam hati. rasa itu kuat mengganggu isi hati dan minda. rasa itu pelik...

tapi, rasa itu tetap indah. rasa itu membuatkan hidup lebih gembira. rasa itu anugerah ALLAH...

CUT!!!

enough for melodrama. haha. yang pasti, rasa tu tak kekal. mungkin rasa tu datang tepat time hati dan minda ni tengah dalam keadaan gile dan bengong. 

rasa yang berkaitan dengan orang berlainan gender. bile difikirkan balik, jodoh ni memang pelik dan misteri... hehehe.. misteri la sebab kite tak tau sape jodoh kite. pelik sebab banyak yang aku dengar couple2 seantero dunia ni macam confident gile yang orang yang dieorang cinta sekarang ni (konon la..) adalah jodoh dieorang. pada aku, jodoh tu ALLAH yang dah tetapkan. so, selagi tak kena ikat dengan akd nikah, jangan cakap la tu jodoh korang. macam-macam boleh jadi beb!! sedangkan orang yang dah kawin pun boleh bercerai (kemungkinan bekad isteri/suami die bukan jodoh die yang sebenar), apetah lagi yang setakat bercinta i lap u, u lap ni. 

"ala, cakap je la ko jeles kitaorang loving-loving couple. ko ade??"

mungkin ade orang akan cakap macam tu kat penulis entri ini, which is AKU!! tapi, ade aku kesah!! haha. bagi aku yang agak lama memegang title kaunselor tak bertauliah untuk kawan-kawan aku dari matrik sampailah universiti, banyak ragam orang bercinta yang membuatkan aku SERIAU!!! Seriau = atas lagi dari seram.. contohnya :


  1. kata sayang menyayang (macam lagu siti sarah & jamal abdillah) tapi tak percaya dan bergaduh hari-hari
  2. kata ini lah cinta hatiku yang terakhir, tak sampai 3 bulan, break!
  3. i lap u darling.. me too.. esok, jumpa kat pekan dengan pompuan lain. bile tanya, itu adik angkat i la. mak i suruh bawak jalan-jalan.
  4. i nak kawen dengan u. kite tunang ikut syariat dulu. ok, ini dah betul. cantik!! tapi..... u keluar dengan siape lunch semalam? i kan dah jadi tunang u. u tak bleh keluar dengan orang lain. u boleh keluar dengan i je. paham..??! hello.... ko baru tunang (dalam islam) itu pun mak ayah tak tau lagi. nak kongkong buat ape. bukannye die keluar dengan orang lain tu berdua. lunch company kot!!
aduhai!! pening tak kepala aku sebagai kanselor tak berdaftar? kalau betol2 aku jadi kaunselor, mesti aku dah kaya raya. hahaha.

sebab2 ni la aku macam seriau nak bercinta. haha! kalau ikut hati, macam nak jugak. kahkahkah. tapi memikirkan keadaan diri aku yang tak begitu bagus dalam area ni, baik tak payah. kalau terjadi mende2 macam ni kat aku, susah. bak kate orang, kite bagi nasihat senang, tapi bile nak buat, payah. huhu. setuju??

so, at the end, aku ikut je flow yang ALLAH dah tuliskan untuk aku. kalau DIA cakap ade tahun ni, tahun ni la. kalau tahun depan, tunggu tahun depan. kalau 5 tahun lagi, 5 tahun lagi la. sebab takdir kita ALLAH dah tulis siap2. cerita kita, movie hidup kita ni ALLAH dah siapkan sebelum kita lahir lagi. so, sebagai pelakon, kita kena follow sambil berfikir. bukan follow kosong je macam zombie kampung pisang atau hantu kak limah balik kampung k. BERFIKIR!!

last sekali, bak kata Ustaz Azhar Idrus a.k.a UAI yang femes tu.

"Kadang-kadang ALAH jauhkan seseorang dari hidup kita atas sebab untuk melindungi kita. Dengan itu, berhentilah mengejarnya. Mungkin ada yang lebih baik yang telah diciptakan untuk kita dan perlu ingat setiap perkara yang berlaku pasti ada HIKMAH yang tersirat"


so, tak payah la nak serabutkan kepala nak men kejar-kejar dengan dieorang ni yang belum tentu jodoh kita. tak ade faedah. masa terbuang dan hati pulak boleh merana.

ini bukan entri untuk menyakitkan hati sesiapa. ini untuk peringatan kepada diri sendiri dan jugak kepada yang macam dah ala-ala terkeluar dari landasan.

peace!!=)

Thursday, April 25, 2013

Saya Rindu Kamu, Kamu dan Kamu~~~

Saya amat merindui mereka ini......





okay.. sekian terima kasih!!!

peace!!=)

Hujan

Hujan.... ini bukan entri pasal band HUJAN k.. hahaha

cakap pasal hujan, aku suka hujan. bile hujan, rase sejuk je. lepas rase sejuk, mate rase kuyu, terus naik katil. hahahaha. 

bile hujan, rasa damai. bunyi hujan tu rasa macam menyejukkan hati. tak kira macam mana membaranya hati time tu, bile hujan turun, rase macam sejuk je. ke aku sorang je yang rasa?? hehe

hujan jugak time yang paling best nak muhasabah diri. bagi aku la. bile hujan, fikiran jadi tenang je, boleh fikir dengan rasional. bak kate Bones, rasional itu penting. Fakta dan rasional penting. tapi hati jugak penting. rasa itu penting. sebab rasa kadang-kadang berkuasa dari fakta dan rasional. tapi walauun Bones salah, tapi aku tetap suka dia. hahaha.

cakap pasal hujan tadi, rase tenang mungkin sebab die air. kan ALLAH dah cakap, kalau rasa macam tak tenang (means setan tengah merasuk..), pegi amik wuduk supaya api-api yang membakar hati dan perasaan itu terpadam. hehe. so, aku boleh relatekan mende tu di sini. itu adalah kerasionalan aku, bukan orang lain okay.

dulu time sekolah menengah, aku selalu mandi hujan. hahaha. mesti ade orang kate aku buang tebiat sebab dah besar pon still mandi hujan. hello!! aku dok asrama okay. to be precise, ASRAMA PUTERI SEKOLAH MENENGAH SULTAN YUSSUF. hahaha. ambik ko. pegi search sana sekolah aku. mesti jumpe sebab sekolah aku masuk dalam buku text sejarah sekolah menengah. hahaha. name die dulu EGS. English Government School kat Batu Gajah.

okay, cut the crap! 

bile hujan je, mesti membasahkan baju dan badan kat belakang asrama. mula-mula aku jek yang suka, sebab utama, aku suka termenung dan berfikir dalam hujan. macam yang aku kate kat atas tadi la. aku pernah je duduk dalam hujan 2 jam dan termenung. hahaha. JANGAN TIRU macam aku okay, sebab lepas tu aku rasa macam aku nak demam!!

tapi kebiasaan itu terhenti sampai sekolah menengah je. bile aku further study, tak dapat dah nak rasa macam tu sebab tak ade port dah nak buat. paling-paling pon kalau aku teringin sangat, merempit dalam hujan. at least, orang tak pandang pelik sangat. hahaha.

sekarang??? lebih senang merenung luar jendela je. ceh!! ayat tak boleh blah. haha. 

kesimpulannya, aku suka hujan!!

peace!!=)

Tuesday, April 23, 2013

Single Itu Sunyi...???

malam semalam bukak fesbuk, nampak ayat ini. tetibe bebola mata ni macam melekat je kat ayat tu. sadis kan? hahahaha.

tapi macam mana owner kepada ayat ni boleh terpikir pasal ayat ni. of coz la original dari gerak hati yang ALLAH titipkan pada dia, tapi adakah kerana dia single dan dia berasa sunyi? dah macam persamaan matematik time aku belajar masa form 4 dulu.

anda single...............premis 1
anda sunyi................premis 2

kesimpulan...............single itu sunyi

lebih kurang la persamaan matematik tu. 

tapi betul ke single tu sunyi?? aku single( ceh!! nak jual saham jap.. haha) tapi aku tak pernah rasa hidup aku sunyi. aku ade je family, kawan-kawan, laptop, handphone. macam mana pulak nak katekan single tu sunyi??

hahaha. mungkin tuan punya ayat ni sebatang kara and takde langsung kawan. walaupun ikot pemikiran aku, tak logik, sebab aku rasa takde sorang pon dalam dunia ni yang tak ada walau sorang pon kawan. even kalau die alone pon, bukan ke dia ada ALLAH (for those yang muslim) or GOD( for those yang non-muslim). 

ke.... die aties??? (ateis=tak percaya kepada agama. dalam bahasa melayu=pagan)

ataupun, mungkin jugak die bersedih sebab die takde boyfriend/girlfriend yang boleh buat die happy. dan aku rasa la ini point utama ayat ni.

hello...!! tak mati pon kalau takde boyfriend/girlfriend!!

  • alamak, saya tak boleh la hidup takde die.. (ayat biase orang yang mabuk cita..)
  • dah tu, sebelom ko jumpe die, ko hidup bergantung pada mesin oksigen dari hospital ke? (amik ko!! nak sangat..)


sila jangan sempitkan pemikiran anda. anda mungkin single tapi hidup anda penuh dengan kegembiraan. orang lain mungkin berdua, tapi belum tentu mereka gembira. 

so, jangan rasa terasing sebab anda sendiri. kerana anda masih gembira walaupun bersendiri. (ceh!! ayat untuk aku ni..!!)

peace!!=)

Sunday, April 21, 2013

Aku Suka Dia


AKU SUKA DIA

Aku lihat dia disana
                                                              Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia



ha...!! ni lirik lagu ainan tasneem. AKU SUKA DIA. hahaha. meroyan da aku ni.

nak cakap pasal isu suka, cinta, sayang and so whatever yang berkaitan dengan mende ni. 

semua mende ni adalah subjektif. kalau yang lelaki suka cakap macam ni.....

kenapa aku suka dia? die bukan cantik pun. cantik lagi nenek aku. (Memang la, nenek kau bangsa cina. memang la kulit putih melepak.)

kalau yang perempuan pulak....

kenapa aku suka dia? muke tak ade la hensem sangat. tinggi pn 1 cm je lebih dari aku. 

tapi sedarkah kita, yang kita sebenarnya tak bersandar pada kebendaan dan fizial semata-mata dalam memilih orang yang disayang atau orang yang disuka. walaupun sebenarnya, memang ade kat luar sana yang mementingkan jenama kereta, bilangan dan keluasan rumah, kepelbagaian buku akaun bank dan kepadatan isi dompet.

berbalik kepada suka. mende yang kompleks. sampai mati pun mende ni tak dapat dihuraikan dengan tepat kerana dia bersifat subjektif. malah Bones pun still sampai sekarang tak dapat nak huraikan tentang suka ni sedangkan dia merupakan seorang yang sangat mencari kerasional dalam setiap perkara. (haha!! Ain, ko mesti tau kan aku cakap pasal siapa.. hehe). 

walaupun word suka tu simple, Tapi kadang-kadang word tu boleh buat jiwa gundah-gulana. so jangan bergurau dengan word Suka, sebab kadang-kadang orang lain akan tersilap tafsir dengan perkataan ini. perkataan yang sweet tapi merbahaya. tahap bahaya = TAHAP 1!!!!!

entri kali ni macam berat sikit. hahahaha!! (nah, kasi ringan sikit..)

peace..!!=)


Saturday, April 20, 2013

Welcome home bebeh~~

Dimulakan dengan BISMILLAH...
Disudahi dengan ALHAMDULILLAH

Okay, cut!!

Bismillahhirahmannirahhim....

Hai kawan-kawan, bertemu kembali. Setelah menyepi hampir setahun setengah, kini saya KEMBALI!! Hahaha. Ayat gempak je.

Sorry la, bukan taknak update, tapi hidup dalam setahun setengah ni macam-macam yang jadi. So, banyak sangat yang jadi menyebabkan banyak sangat yang rase nak masuk dalam sini. So, sebabkan banyak sangat, jadi tersangat la tak sempat nak post.

Tapi manusia ni memang banyak alasan kan. Sebenarnye, memang malas nak post pon. Hahahaha.

By the way, sekarang tengah hangat musim mengundi. Sana sini asyik cakap pasal mengundi. Tv kat rumah ni 24 jam pasang asal mengundi. Naik pening aku mendengar perkataan UNDI tu. Kat fesbuk jangan cakap la. Selang 2 post, pasal undi. Selang 2 post lagi, pasal undi lagi. Aduh!!!

Tapi ini tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. So, tunaikan lah kewajipan anda. Fikir semasak-masaknya kerana keputusan 2 minggu lagi akan mencorakkan Malaysia pada 5 tahun yang akan datang. Nasihat untuk diri sendiri.

Jangan ingat orang yang tak pakai serban/songkok itu cetek agama

Jangan pandang orang yang tak pakai hp canggih manggih tu buta kemajuan.

peace..=)