5 Mei 2013 melabuhkan tirainya. Tahniah kepada BN kerana berjaya membentuk sebuah KERAJAAN. Tahniah kepada PAKATAN kerana berjaya mempertahankan SELANGOR, PULAU PINANG dan KELANTAN. Tahniah!!
ada yang bergembira, ada juga yang berduka. yalah, gembira parti yang disokong menang. gembira kerana calon yang disokong, menang jugak. yang sedih pun banyak. kecewa, bengang dan sebagainya. sebagai muslim, dan jga sebagai seorang manusia yang berakal, harus menerima segala keputusan. kerana dalam pertandingan, mesti ada pihak yang menang, dan mesti juga ada pihak yang kalah. itu lumrah hidup! jadi, sila bertenang...
kewajipan rakyat sudah ditunaikan. sekarang waktu untuk kewajipan semua wakil rakyat yang menang, tak kira kerajaan atau pembangkang, menunaian segala janji2 yang telah dijanjikan. jangan tiba2 jadi gila or tiba2 terlupa apa yang pernah dijanjikan.
bagi muslim, bila memungkiri janji, orang itu adalah munafik..
apa? aku salah? aku siapa nak cakap orang tu munafik ke tak?? hello, mende ni ade dalam sukatan pelajaran pendidikan agama islam sekolah menengah okay.. asal ko tak tahu?? mane aku tau.. ko terskip baca bab tu kot(bersangka baik..) kalau tak puas hati, p kedai buku, tengok. tak yah la beli, tengok je. aku cakap betol ke x??
bagi yang bukan wakil rakyat pun, jangan pulak cuba pura2 lupa dengan apa yang pernah dijanjikan. sebab bila memungkiri janji tu, adalah ciri2 orang munafik. aku tekankan lagi sekali. MUNAFIK!!
rakyat juga dah bagi amanah untuk wakil2 rakyat mentadbir negara, memakmurkan negara. so, jangan khianati amanah yang diberikan. itu juga merupakan salah satu ciri2 munafik. nak aku ulang lagi ke?? hahaha
redha dengan segala ketentuan ALLAH. semua telah berjuang untuk pihak masing2. kerajaan sekarang hanya di dunia. kerajaan ALLAH di akhirat merupakan GOAL kita yang paling utama. jangan lupa itu.
kesimpulannya, sebagai muslim, kita jangan buat 3 perkara ni:-
- bila bercakap, berbohong
- bila berjanji, menungkirinya
- bilah diberi amanah, mengkhianatinya
sebab ini ciri2 ORANG MUNAFIK!!
No comments:
Post a Comment