Showing posts with label renung-renungkan. Show all posts
Showing posts with label renung-renungkan. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Jiwa~~~

pernah tak kite rase macam kadang2 jiwa resah, gelisah, risau dn sebagainya? pendek kate, term yang paling popular masa ni, jiwa kacau la... tapi kite tak tahu kenapa jiwa kite rase macam ni.. nak kate gaduh dengan pakwe?? pakwe pon takde.. nak kate tak ade duit, cukup je bulan2.. tak ade la sampai tahap kebulor tak makan.. walaupun masalah2 macam ni tak ade dalam hidup kite, tapi kite still rase macam jiwa kacau, gelisah, tak tenang, berdebar-debar... kenapa ya...??

nak aku bagi jawapan. tapi ini bukan jawapan yang 100% betul. aku fikir pada sudut mata dan fikiran aku.. siapa yang tak sependapat dan sefikiran dengan aku, tak ade masalah... =)

SATU~~~
kalau kite rase simptom2 seperti di atas, cuba kite check balik hubungan kite dengan Pencipta kite. ALLAH SWT. macam mana tahap hubungan kite dengan DIA..? tahap setiap jam sehari (means 24 kali sehari) duduk bersembang dengan DIA?? tahap setiap 3 jam sehari (means 8 kali sehari)  duduk bersembang dengan DIA?? tahap setiap hari 5 kali duduk bersembang dengan DIA?? tahap sehari 3 kali duduk bersembang dengan DIA?? atau tahap seminggu ada la beberapa kali duduk bersembang dengan DIA..?? yang mana satu tahap kite? dan setiap kali kite duduk bersembang dengan DIA, berapa lama masa yang kite luangkan?? 3 minit?? 5 minit?? 8 minit?? dan juga, sepenuh mana hati kite time kite bersembang dengan DIA..?? sepenuh hati..?? separuh hati..?? atau suku hati..?? semua ni menyumbang kepada gejala hati berdebar2, jiwa kacau dan sebagainya.. sebab ALLAH SWT berfirman... " Hanya mengingati ALLAH, jiwa2 menjadi tenang..". so, ambil la inisiatif atau ambil lah masa untuk mengingati ALLAH. in shaa ALLAH, hati akan menjadi tenang. dan perlu diingatkan, mengingati ALLAH bukan hanya ketika solat.. masa2 lain juga perlu. beristigfar lah selalu.. sebab istigfar itu menghapuskan dosa.

DUA~~~
check juga hubungan kite dengan ibu bapa kite. macam mana hubungan kite dengan mereka yang telah bersusah payah membesarkan kite dengan sempurna.. check macam mana layanan kite dengan mereka,.. adakah kite melihat mereka setiap pagi dengan penuh kasih sayang..??? adakah kite mendoakan mereka setiap kali selepas kite solat..?? adakah kite meluangkan masa dengan mereka setiap hari?? kite perlukan redha mereka untuk hidup di dunia ni, sebab ALLAH kata, "RedhaKU ada bersama redha kedua ibu bapamu"

TIGA~~~
check hubungan kite dengan adik beradik, kawan2, jiran tetangga dan saudara2 kite. macam mana tahap perhubungan kite dengan mereka..?? baik atau kurang memuaskan?? adakah kite telah menyakiti hati mereka dengan sengaja atau secara tak sengaja?? sebab Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Tidak sempurna iman kamu selagi kamu tidak menyayangi saudara2 kamu seperti kamu menyayangi diri kamu sendiri.."

EMPAT~~~
muhasabah diri.. sebelum tido malam2, fikir, ape mende yang kite dah buat hari ni.. ape mende yang kite buat.. ape mende yang kite sepatutnya buat.. ape mende yang tak sepatutnya kite buat.. ambil masa.. bukan luak pun kalau nak fikir 5 minit.. bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak.. yang untung, diri sendiri..

bagi aku, empat mende ni penting dalam hidup aku.. hidup korang, aku tak tau la... berusaha untuk jadi lebih baik bukan satu kesalahan.. yang penting, hidup kite ni sentiasa dalam rahmat ALLAH.. sebab GOAL kite yang paling penting bukan di dunia ni, tapi di Akhirat sana..

peace!!=)

Friday, May 10, 2013

Kpopers....??

Bismillahhirahmannirrahhim...

adakah anda peminat kpop?? saya pasti, rata2 rakyat malaysia sangat suka dengan gelombang yang dibawah oleh jiran negara matahari terbit ni, iaitu Korea Selatan. memang tak dinafikan, gelombang ini dah melanda bumi Malaysia sejak kemunculan kali pertama drama bersiri korea yang paling top, Winter Sonata di TV3 pada tahun 2002 yang lalu...

hahaha... bahasa buku kuar dah!! okay, back to normal..

kpop.. ala, kalau aku tanye siape penyanyi kpop paling popular sekarang, siapa dapat gold award, siape paling banyak dapat view kat youtube, mesti berbakul2 jawapan aku dapat. siap boleh bagi aku lengkap dengan biodata penyanyi tu lagi. jangan kate syarikat ape, tinggi dengan berat pon mesti boleh bagi info kat aku. silap2, jenis darah pon tau.. ^_^

bagi aku, mende ni normal. dah suka kan, mesti la tau. xap2... xade masalah ape2 pun.. itu hak setiap manusia nak suke sape2 pun. suke la.. ade aku kisah..??? hehehe.. tapi seriously, aku MEMANG TAK KESAHHH...

panjang kesahhhh aku kan...?? 

tapi, aku terjumpe pulak ade satu status kat fb ni. obviously die memang peminat kpop. kenape??  korang nak tau ape die tulis..?? meh aku copy paste...

"Pakatan Rakyat buat perhimpunan suara rakyat keramat.. hah..keramat la sangat.. sebab korang la the legend SHINWA cancel perform dieorang kat MALAYSIA..dengar sini.. jika semua artis kpopyang akan perform malaysia tarik semua konsert dieorang kat sini termasuk la SUPER JUNIOR.. kami kpopers seluruh MALAYSIA xkan berdiam diri..kami lebih ganas dari pengganas..."

hahahahaha... boleh tak aku nak gelak macam mak lampir...?? punye lawak statement ni.. nak kate bodoh, macam kasar sangat.. nak kate kurang cerdik, macam tak bape nak betul.. so, korang sendiri tafsirkan la ape word yang paling sesuai untuk si budak ni..

aku just fikir, yang die ni belum cukup umur dan belum cukup akal nak berfikir.. mungkin jugak belum habis sekolah menengah kot, tak habis lagi belajar silibus sejarah kat sekolah.. sebab ape aku cakap macam ni...??

nampak sangat la die ni memang tak fikir pasal negara. okay, aku pun bukan la patriotik sangat, tapi at least aku fikir jugak, bukak mata, faham, buat research pasal MALAYSIA ni.. rugi la ade kemudahan internet, tapi disia-siakan hanya untuk tahu pasa dunia hiburan je.. 

internet ni banyak gunenye dalam cari ilmu.. bukan kat sekolah je boleh dapat ilmu.. bukan dari lecturer di universiti je boleh dapat ilmu.. dari internet pun banyak yang kite boleh dapat.. cume kite yang kene berusaha untuk mencari semua itu, bukan hanaya tau kena suap.. lama2 supa, yang jadi tukang suap pon boleh bosan tau..

berbalik pada statement tadi, aku rasa budak ni memang tak patut. tambah2 dengan keadaaan sekarang yang baru je lepas pilihanraya, minda hampir semua orang tengah berserabut. bile nampak statement macam ni, seriusly, aku rase macam nak terguling gelak. sambil2 nak je lempang laju2 budak ni and bagi tuition sejarah free...

ada mata, pandang2.. ada mulut, hati2 dengan ape yang dikeluarkan.. ade hati, faham ape yang orang lain rase, ade OTAK, biar FIKIR mende yang patut. jangan pakai terjah macam tu je. berhati-hati bile nak bercakap, sebab satu ayat dari mulut kite mampu buat kita nampak BODOH di mata orang lain.. 

oppss... aku tercakap bodoh plak?? sorry!! 

okayla, sedikit peringatan. ALLAH bagi kita akal untuk berfikir. jangan sia-siakan nikmat yang ALLAH bagi tu.. FIKIR sebelum buat sesuatu perkara. tak gune duit pon..

lagi satu, aku pun minat kpop gak.. aku tau jugak dunia kpop tu.. aku minat gak penyanyi dan pelakon die tu.. aku kenal gak siapa BEG, 2AM, 2PM, SNSD, YEH, KJK, dan yang lain2.. aku search gak youtube tu tengok performance dieorang.. tapi aku takde la nak jadi pengganas kalau konsert dieorang xad kat malaysia ni.. sebab banyak lagi mende lain yang boleh buat setakat nak tengok kpop tu live.. nak pergi, kurang2 tiket die RM100++. pada aku, RM100++ tu belanje aku 2 minggu kot. baik aku p makan2 dengan family and member aku.. hahahaha!!

peace!!=)


Monday, May 6, 2013

Berakhir Sudah~~~

Bismillahhirrahmannirrahhim...

5 Mei 2013 melabuhkan tirainya. Tahniah kepada BN kerana berjaya membentuk sebuah KERAJAAN. Tahniah kepada PAKATAN kerana berjaya mempertahankan SELANGOR, PULAU PINANG dan KELANTAN. Tahniah!!

ada yang bergembira, ada juga yang berduka. yalah, gembira parti yang disokong menang. gembira kerana calon yang disokong, menang jugak. yang sedih pun banyak. kecewa, bengang dan sebagainya. sebagai muslim, dan jga sebagai seorang manusia yang berakal, harus menerima segala keputusan. kerana dalam pertandingan, mesti ada pihak yang menang, dan mesti juga ada pihak yang kalah. itu lumrah hidup! jadi, sila bertenang...

kewajipan rakyat sudah ditunaikan. sekarang waktu untuk kewajipan semua wakil rakyat yang menang, tak kira kerajaan atau pembangkang, menunaian segala janji2 yang telah dijanjikan. jangan tiba2 jadi gila or tiba2 terlupa apa yang pernah dijanjikan. 

bagi muslim, bila memungkiri janji, orang itu adalah munafik.. 

apa? aku salah? aku siapa nak cakap orang tu munafik ke tak?? hello, mende ni ade dalam sukatan pelajaran pendidikan agama islam sekolah menengah okay.. asal ko tak tahu?? mane aku tau.. ko terskip baca bab tu kot(bersangka baik..) kalau tak puas hati, p kedai buku, tengok. tak yah la beli, tengok je. aku cakap betol ke x??

bagi yang bukan wakil rakyat pun, jangan pulak cuba pura2 lupa dengan apa yang pernah dijanjikan. sebab bila memungkiri janji tu, adalah ciri2 orang munafik. aku tekankan lagi sekali. MUNAFIK!!

rakyat juga dah bagi amanah untuk wakil2 rakyat mentadbir negara, memakmurkan negara. so, jangan khianati amanah yang diberikan. itu juga merupakan salah satu ciri2 munafik. nak aku ulang lagi ke?? hahaha

redha dengan segala ketentuan ALLAH. semua telah berjuang untuk pihak masing2. kerajaan sekarang hanya di dunia. kerajaan ALLAH di akhirat merupakan GOAL kita yang paling utama. jangan lupa itu.

kesimpulannya, sebagai muslim, kita jangan buat 3 perkara ni:-
  1. bila bercakap, berbohong
  2. bila berjanji, menungkirinya
  3. bilah diberi amanah, mengkhianatinya
sebab ini ciri2 ORANG MUNAFIK!!


peace!!=)

Thursday, May 2, 2013

Kenapa Ada Sang Hitam~~~

Bismillahirrahmannirrahhim...

Kenapa ada sang hitam...?? actually aku tengah melayan perasaan dengar lagu indon lame2. ade pulak lagu ni. SO7 a.k.a SHIELA ON SEVEN. band indon yang memang popular time dulu2, time aku tengah remaja.. hehehe..

so, lagu SO7 yang aku tengah dengar ni tajuk die BERHENTI BERHARAP. macam syahdu je dengar tajuk lagu tu kan? hahaha. tak ade kene mengena dengan aku okay. aku dengar jek sebab lagu dan lirik die sedap. huhuhu

tapi dalam lagu die ade lirik yang macam ni..

kenapa ada derita bila bahagia tercipta....
kenapa ada sang hitam bila putih menyenangkan....

hahaha... dari lirik die macam mamat (aku simpulkan mamat la sebab yang nyanyi ni Duta yang berjantinakan lelaki..) ni macam dah berhenti berharap pada cinta dia. kire macam dah putus asa la, malas nak fikir dah pasal pompuan ni. cewah!! pandai pulak aku translate lirik lagu.. hahaha

tapi kalau kita tengok dari sudut agama ISLAM, kenapa tu word yang paling tak bagus untuk disebut. dia umpama tidak meyakini segala keputusan yan ALLAH dah buat untuk kita. contohnya:~~

"kenapa la dia yang mati dulu, bukan aku...??"
"kenapa aku kena paksa kawin dengan mamat ni...??"

ini adalah contoh sahaja okay. tak ada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal  dunia. so, bila kita cakap "kenapa" kepada mende2 yang telah berlaku, contohnya, kematian, ucapan kita tu dah macam termasuk dalam keadaan yang meragukan takdir ALLAH. 

sama juga dengan perkataa "kalau".. IF.. contoh yang paling femes yang selalu aku dengar dari penceramah la, mende ni...

"kalau la aku tahan dia semalam, tentu dia hidup lagi..."

kite sebut je "kalau" tu, ustaz cakap, automatik kite macam dah mempersoalkan rancangan ALLAH. same macam "kenapa" tadi. macam kita tak redha dengan apa yang ALLAH bagi untuk kite, tak redha dengan ape ketentuan yang dah tertulis untuk kita.

hahaha.. aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa, juga berpandukan pada ilmu aku yang tak seberapa ni. kalau salah tolong betulkan. sebab aku yakin banyak lagi orang yang lagi pandai dari aku di luar sana. 

peace!!=)

Tuesday, April 30, 2013

General Election 2013

Bismillahirrahmannirahhim...

sempena election yang akan dijalankan ahad ni, macam terpanggil sikit nak menulis dan memberi pandangan.  

sekarang memang tengah hot la berperang sana-sini. dengan media massa (tv, surat khabar, internet merangkumi fesbuk, twitter dan lain-lain), banyak betol yang menegakkan pendirian masing-masing. bagus!! thumbs up to you. semua berfikir untuk kemajuan dan keharmonian negara tercinta. BAGUS!!

tapi, apa yag tak sedapnya...... bila ada segelintir yang macam tak ada akal pulak aku tengok. sorry la, macam kasar je bahasa. tapi memang seolah-olah tak ada akal bila bersuara mengeluarkan pendapat.

caci, maki, bahasa kasar, mencarut, menyumpah....

ada ke agama yang menggalakkan penganutnya untuk memcaci, memaki, menyumpah, mengeluarkan bahasa kasar, lebih-lebih lagi mencarut...?? aku tak rasa ada agama yang suruh penganutnya buat mende2 macam ni. and dalam ISLAM, iaitu agama anutan aku, memang dah terang lagi bersuluh sportlight yang larang untuk berbicara sehingga menyakitkan hati manusia yang lain. siapa yang tak setuju, pegi main jauh-jauh!!

bila baca dalam internet (terutamanya fesbuk), memang rasa macam kecewa sangat. sebab bila ada caci mencaci ni, sumpah menyumpah, carut mencarut, pemilik profile adalah  ISLAM. bukan semua tapi kebanyakan. sedih bila saudara seagama mencaci maki saudara seagama yang lain. 

salah ke kalau kita menyuarakan pendapat dengan bahasa yang baik dan sedap didengar? salah ke kalau kita bersuara dengan penuh hikmah dan lemah lembut. salah ke?

perlu ke dalam lapangan politik ini, kita menghimpunkan dosa dengan mencaci, memaki, mencarut dan sebagainya? berbaloi ke untuk kita yang masih bertatih untuk mencari redha dan mengumpul keampunan dari ALLAH (for muslim) menegakkan pendapat dengan mencaci dan memaki? berbaloi ke?

Malaysia memang memberi hak untuk bersuara kepada seluruh rakyatnya, tak kira yang kecil atau yang muda. gunakan hak itu sebaik-baiknya. tak perlu mengeluarkan kata yang kesat untuk menegakkan kebenaran. silap-silap, kerana bahasa yang kesat, kebenaran itu akan tertutup.

aku sayang negara aku iaitu MALAYSIA. jangan kerana mengikut hati dan perasaan, kita dipandang sebagai manusia yang tak bertamadun dan tak berakhlak. aku tau aku bukan la baik sangat, tapi aku tak pernah rasa nak memaki orang sesedap oren. 

ini bukan PAKATAN atau BN. or bukan BN atau PAKATAN. semua ada. baik penyokong PAKATAN atau BN.

terasa ke? sorry la, aku memang sengaja nak buat ko terasa..!!!

peace!!=)


Tuesday, April 23, 2013

Single Itu Sunyi...???

malam semalam bukak fesbuk, nampak ayat ini. tetibe bebola mata ni macam melekat je kat ayat tu. sadis kan? hahahaha.

tapi macam mana owner kepada ayat ni boleh terpikir pasal ayat ni. of coz la original dari gerak hati yang ALLAH titipkan pada dia, tapi adakah kerana dia single dan dia berasa sunyi? dah macam persamaan matematik time aku belajar masa form 4 dulu.

anda single...............premis 1
anda sunyi................premis 2

kesimpulan...............single itu sunyi

lebih kurang la persamaan matematik tu. 

tapi betul ke single tu sunyi?? aku single( ceh!! nak jual saham jap.. haha) tapi aku tak pernah rasa hidup aku sunyi. aku ade je family, kawan-kawan, laptop, handphone. macam mana pulak nak katekan single tu sunyi??

hahaha. mungkin tuan punya ayat ni sebatang kara and takde langsung kawan. walaupun ikot pemikiran aku, tak logik, sebab aku rasa takde sorang pon dalam dunia ni yang tak ada walau sorang pon kawan. even kalau die alone pon, bukan ke dia ada ALLAH (for those yang muslim) or GOD( for those yang non-muslim). 

ke.... die aties??? (ateis=tak percaya kepada agama. dalam bahasa melayu=pagan)

ataupun, mungkin jugak die bersedih sebab die takde boyfriend/girlfriend yang boleh buat die happy. dan aku rasa la ini point utama ayat ni.

hello...!! tak mati pon kalau takde boyfriend/girlfriend!!

  • alamak, saya tak boleh la hidup takde die.. (ayat biase orang yang mabuk cita..)
  • dah tu, sebelom ko jumpe die, ko hidup bergantung pada mesin oksigen dari hospital ke? (amik ko!! nak sangat..)


sila jangan sempitkan pemikiran anda. anda mungkin single tapi hidup anda penuh dengan kegembiraan. orang lain mungkin berdua, tapi belum tentu mereka gembira. 

so, jangan rasa terasing sebab anda sendiri. kerana anda masih gembira walaupun bersendiri. (ceh!! ayat untuk aku ni..!!)

peace!!=)

Saturday, April 20, 2013

Welcome home bebeh~~

Dimulakan dengan BISMILLAH...
Disudahi dengan ALHAMDULILLAH

Okay, cut!!

Bismillahhirahmannirahhim....

Hai kawan-kawan, bertemu kembali. Setelah menyepi hampir setahun setengah, kini saya KEMBALI!! Hahaha. Ayat gempak je.

Sorry la, bukan taknak update, tapi hidup dalam setahun setengah ni macam-macam yang jadi. So, banyak sangat yang jadi menyebabkan banyak sangat yang rase nak masuk dalam sini. So, sebabkan banyak sangat, jadi tersangat la tak sempat nak post.

Tapi manusia ni memang banyak alasan kan. Sebenarnye, memang malas nak post pon. Hahahaha.

By the way, sekarang tengah hangat musim mengundi. Sana sini asyik cakap pasal mengundi. Tv kat rumah ni 24 jam pasang asal mengundi. Naik pening aku mendengar perkataan UNDI tu. Kat fesbuk jangan cakap la. Selang 2 post, pasal undi. Selang 2 post lagi, pasal undi lagi. Aduh!!!

Tapi ini tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. So, tunaikan lah kewajipan anda. Fikir semasak-masaknya kerana keputusan 2 minggu lagi akan mencorakkan Malaysia pada 5 tahun yang akan datang. Nasihat untuk diri sendiri.

Jangan ingat orang yang tak pakai serban/songkok itu cetek agama

Jangan pandang orang yang tak pakai hp canggih manggih tu buta kemajuan.

peace..=)

Wednesday, March 23, 2011

lidah~~~

lidah...?? pekehalnye cakap pasal lidah...?? hoho... itu yang kita nak cakap sekarang.. sebab lidah banyak fungsinya dalam hidop kite...

lidah merupakan organ untuk merasa dalam mulut kita.. kire cam sensor la nak tau sesuatu makanan tu sedap or x, air tu tawar ke manis ke masin ke... erk!! ade ke air yang masin...?? konfem ade.. air laut!! haha

lidah juga berfungsi sebagai organ yang membolehkan kita bercakap dengan bantuan peti suara... tanpa lidah, kita akan kekurangan satu nikmat dan keperluna untuk hidup... iaitu bercakap... bercakap ni penting sebagai satu cara komunikasi sesama manusia... tanpa lidah, hilanglah kebolehan untuk bersuara dan bercakap...

bercakap itu penting untuk banyak tujuan.. untuk menyampaikan kebenaran, untuk melegakan rasa hati... banyak la.. lau nak diikutkan, memang hidup ni kurang kalau tak mampu bercakap.. so, untuk manusia yang boleh bercakap, sila hargai pemberian ini... kita mempunyai sesutau yang diidamkan oleh segelintir manusia yang tidak berpeluang untuk memilikinya... BERCAKAP...

dan, sekiranya mampu untuk bercakap, gunakanlah kemampuan itu untuk kebaikan.. jangan gunakan untuk mencanang kejahatan orang, membuka pekung di dada orang, menceritakan aib orang ke serata pelusok dunia... ingat la bahawa pemberian itu adalah dari ALLAH.. dan ALLAH mampu untuk menariknya dalam sekelip mata sahaja...

abis da bahasa buku... hahaha... lau nak diikutkan rasa hati, banyak da aku tulis... gune bahasa bese lagi best.. tapi aku sendiri xnak jadi orang yang menyalahgunakan segala2nya untuk kepuasan diri sendiri menjatuhkan orang lain... aku sendiri tak suka org buat kat aku... so ak pon tak nak buat kat org.. cuma peringat yang bagus untuk aku dan org2 yang membaca...

kesimpulannya, jaga dan hargai la apa yang ada pada kita... kerana apa yang telah pergi atau hilang, tak mungkin kita dapat kecapi kembali....


peace!!=)

Monday, March 21, 2011

teknologi~~~

kali ni sembang pasal teknologi... sejak 3 dekad ni, teknologi memang tumbuh dan berkembang macam cendawan lepas ujan(sedapnya cendawan goreng..huhu).. dengan komputer, henpon, mp3, kamera digital, laptop, notebook.... macam2 lagi la... banyak sangat.. tak ter'list' kat sini... huhu


dengan adanya teknologi2 camni, membuatkan hidup kite sebagai manusia menjadi lebih mudah.. banyak kelebihan yang teknologi bawak bersama2 dengan kewujudan dan perkembangannya... ambik contoh, henpon... dengan adanya henpon, makin senang untuk berhubung dengan family dan yang tersayang... kalau dulu ade tepon umah dengan tepon awam je... mane ley bawak ke hulu ke hilir.. dengan wayar2 nye lagi, berat membunuh lagi... kalu tepon awam, gile mati nak mengendong bawak.. berat tu... huhu..

terkenang2 kenangan pakai public phone.. huhu




tepon umah aku dulu kaler kelabu...


tapi sekarang..??? jeng jeng jeng... da ade henpon.. kalau 20 tahun dulu, henpon die... MASYAALLAH.... gedabaknye!!! kalau
baling kat anjing boleh mati anjing tu... tapi kalau p karamunsing(bagi warganegeri sabah) atau low yatt( warganegeri KL), atau dimana2 la yang banyak jual henpon, makin nipis lak henpon tu.. saiz makin nipis+kecik... nak pegang pon rase tak yakin... huhu

macam phone untuk tentera..

ni smart phone..

melalut pulak aku ni... huhu... lagi satu pasal internet... dulu2 punya la payah nak serve intenet... intenet pon tak tau menatang ap la tu... tup tap sekarang, line internet berlambak2.. dengan stremyx(betol ke ak eja..??huhu), broadband la, wireless la.. macam2... tapi bile ade sume ni, bagus jugak.. dapat serve internet tanpa ada batasan waktu.. on je laptop, cucuk berukband, connect2... tadaaaa.... CONNECTED!!




dalam hal ni, memang kite nampak kebaikan yang dibawa oleh teknologi... tapi dalam masa yang sama, ada segelintir manusia yang telah menyalahgunaan teknologi ini untuk kebaikan diri sendiri... itu ok lagi kot... ada yang lagi teruk, menyalahgunaan teknologi hanya untuk menyusahkan, menjatuhkan, mengaibkan (dan segala 'meng' lagi la) manusia lain.. ni memang kes teruk la ni...

keburukan internet lebih menyumbang kearah gejala ini.. ada dikalangan kite yang gunakan internet untuk menjatuhkan maruah dan reputasi orang lain, gunakan internet untuk membuka aib orang lain... tapi tak sedar ke bile buat macam tu, kite sekadar menambahkan beban yang ada di sebelah bahu kiri kita...


bile menyebarkan sesuatu tentang seseorang di halaman facebook, atau twitter, atau yang terbaru, tumbler, tak sedarkah kite bahawa kite telah menyebarkan satu fitnah kepada orang lain tentang orang tersebut, sedangkan kite tahu bahawa dosa menfitnah itu lebih berat dari dosa membunuh(bagi umat islam...) tak sedarkah kite bile membuka aib seseorang itu, aib kite turun terbuka tanpa kite sedari... tak sedarkah kite bahawa mengumpat dan mengata itu adalah salah satu dari dosa2 besar....??


malangnya, ramai yang tidak menyedari semua itu...!! ramai dikalangan kite yang tidak menyedari semua itu... ade jugak yang macam chipsmore.. kejap sedar, kejap tak sedar... tetapi itu lebih bagus dari yang langsung tak sedar...

tepuk dada, tanya la kepala dimana akal tersimpan dan tanya la juga kepada hati dimana disitulah berkumpulnya segala perasaan yang bersangkut kuat dengan IMAN...

peace!!=)

Monday, March 2, 2009

Kawan Baik...=)

Huhu.. Kebelakangan ni cam tak sempat nak menulis dalam blog ni.. Tapi hari ni aku nak kongsi cerita tentang seseorang atau mungkin lebih dari seorang manusia yang penting dalam hidup kita semua. SAHABAT. Aku percaya semua orang dalam dunia ni mempunyai sahabat.. Manusia paling pemalu(cam aku.. Hehe..) pon ade sekurang-kurangnya seorang sahabat.. Ada yang menafsirkan kelompok golongan ini dalam beberapa perkataan.. SAHABAT, KAWAN, TEMAN atau KAWAN.. Tapi bagi aku semua pon same je.. Haha.. Yang penting dalam persahabatan mesti memberi dan menerima.. Right?
Nak cari yang kawan(atau yang sewaktu dengannya)bagi aku sangat susah.. Bila dah dapat, kene jaga betul-betul sebab bukan senang nak jumpa.. Kadang-kadang ada yang jumpe selepas bertahun-tahun hidup kat dunia ni.. Tapi ada yang bernasib baik dapat jumpe dalam masa yang sangat singkat.. Tapi kalau nak dapat kawan baik, kita mesti dahulu manjadi kawan yang baik. Selebihnya korang bace la sendiri.. Aku pon cilok mende ni dari mane tah.. Haha..


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

Kesimpulannya, ADAKAH KITA KAWAN YANG BAIK???

Tepuk dada tanya fikiran..!!=)