Wednesday, March 23, 2011

lidah~~~

lidah...?? pekehalnye cakap pasal lidah...?? hoho... itu yang kita nak cakap sekarang.. sebab lidah banyak fungsinya dalam hidop kite...

lidah merupakan organ untuk merasa dalam mulut kita.. kire cam sensor la nak tau sesuatu makanan tu sedap or x, air tu tawar ke manis ke masin ke... erk!! ade ke air yang masin...?? konfem ade.. air laut!! haha

lidah juga berfungsi sebagai organ yang membolehkan kita bercakap dengan bantuan peti suara... tanpa lidah, kita akan kekurangan satu nikmat dan keperluna untuk hidup... iaitu bercakap... bercakap ni penting sebagai satu cara komunikasi sesama manusia... tanpa lidah, hilanglah kebolehan untuk bersuara dan bercakap...

bercakap itu penting untuk banyak tujuan.. untuk menyampaikan kebenaran, untuk melegakan rasa hati... banyak la.. lau nak diikutkan, memang hidup ni kurang kalau tak mampu bercakap.. so, untuk manusia yang boleh bercakap, sila hargai pemberian ini... kita mempunyai sesutau yang diidamkan oleh segelintir manusia yang tidak berpeluang untuk memilikinya... BERCAKAP...

dan, sekiranya mampu untuk bercakap, gunakanlah kemampuan itu untuk kebaikan.. jangan gunakan untuk mencanang kejahatan orang, membuka pekung di dada orang, menceritakan aib orang ke serata pelusok dunia... ingat la bahawa pemberian itu adalah dari ALLAH.. dan ALLAH mampu untuk menariknya dalam sekelip mata sahaja...

abis da bahasa buku... hahaha... lau nak diikutkan rasa hati, banyak da aku tulis... gune bahasa bese lagi best.. tapi aku sendiri xnak jadi orang yang menyalahgunakan segala2nya untuk kepuasan diri sendiri menjatuhkan orang lain... aku sendiri tak suka org buat kat aku... so ak pon tak nak buat kat org.. cuma peringat yang bagus untuk aku dan org2 yang membaca...

kesimpulannya, jaga dan hargai la apa yang ada pada kita... kerana apa yang telah pergi atau hilang, tak mungkin kita dapat kecapi kembali....


peace!!=)

1 comment:

  1. banyak kau cakap psl lidah...ada orang salah guna lidah ke> apa lagi...jom pekena sup lidah...heeyark!!!

    ReplyDelete