Monday, March 2, 2009

Kawan Baik...=)

Huhu.. Kebelakangan ni cam tak sempat nak menulis dalam blog ni.. Tapi hari ni aku nak kongsi cerita tentang seseorang atau mungkin lebih dari seorang manusia yang penting dalam hidup kita semua. SAHABAT. Aku percaya semua orang dalam dunia ni mempunyai sahabat.. Manusia paling pemalu(cam aku.. Hehe..) pon ade sekurang-kurangnya seorang sahabat.. Ada yang menafsirkan kelompok golongan ini dalam beberapa perkataan.. SAHABAT, KAWAN, TEMAN atau KAWAN.. Tapi bagi aku semua pon same je.. Haha.. Yang penting dalam persahabatan mesti memberi dan menerima.. Right?
Nak cari yang kawan(atau yang sewaktu dengannya)bagi aku sangat susah.. Bila dah dapat, kene jaga betul-betul sebab bukan senang nak jumpa.. Kadang-kadang ada yang jumpe selepas bertahun-tahun hidup kat dunia ni.. Tapi ada yang bernasib baik dapat jumpe dalam masa yang sangat singkat.. Tapi kalau nak dapat kawan baik, kita mesti dahulu manjadi kawan yang baik. Selebihnya korang bace la sendiri.. Aku pon cilok mende ni dari mane tah.. Haha..


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baik nya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baik nya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baik nya untuk sentiasa berada disisinya.Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baik nya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baik nya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baik nya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baik nya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baik nya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik ...kepada kawan baik kita.Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

Amin Yarabbil Alamin.

Kesimpulannya, ADAKAH KITA KAWAN YANG BAIK???

Tepuk dada tanya fikiran..!!=)

Friday, February 6, 2009

Renungan berSAma

Bila hati terasa segala yang terasa, mula lah minda berfikir yang bukan-bukan.. Itu la realiti kehidupan yang sebenar.. Sebab tu ALLAH menyuruh kita sebagai hambaNYA supaya sentiasa bersangka baik dengan semua hamba-hambaNYA.. Dan itu juga yang sentiasa aku terapkan dan setkan dalam diri aku.. Memang pada hakikatnya aku bersa sengsara dengan semua yang berlaku.. Tapi aku pasti setiap kesengsaraan aku akan berbalas.. Aku yakin itu.. Aku yakin dengan janji ALLAH.. Janji ALLAH itu pasti akan terlaksana.. Tidak seperti janji-janji manusia yang sering diabaikan..
Tengah-tengah mengelamun sengsorang, aku tetiba teringat kata-kata ustazah aku dulu.. Time aku sekolah menengah.. Ustazah kate, sentiasa bersangka baik lah dengan ALLAH.. Dan sehingga sekarang aku berpegang pada kata-kata ustazah.. Setiap yang berlaku ada rahmat dan hikmah yang tersendiri.. Cume lambat atau cepat hikmah tersebut datang dan dapat kita merasai dan nikmatinya.. Setiap yang berlaku ade sebabnya.. Aku lahir ke dunia ini pon ade hikmahnya dan sebab.. So, semua yang berlaku ni mesti ade sebab dan hikmah yang tersembunyi.. Aku yakin itu..


KEHIDUPAN-IN-TEAM & NAZREY

Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..J

angan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

Sunday, February 1, 2009

PaGI yANg SyaHDu!!

Dah 3 hari dah aku dijankiti sindrom selsema ni.. Dan semalam dan hari ni yang paling teruk.. Aku rase cam aku nak demam la.. Nape ek tetiba aku rase cam nak demam?! Kehkehkeh.. Aku rase aku sedang merindui someone la.. Sebab tu aku demam kot.. Haha!! Tapi siapakah gerangan yang dirindui oleh aku???! Haha! Aku rase aku memang sangat merindui beliau.. Aku ni semakin jadi giler lak.. Memang aku merindui beliau.. Aku sayang kat beliau.. Huhu! Eh, pe yang aku merepek ni??! Tapi aku bukan yang terbaik untuk beliau.. Beliau deserve better dari aku.. Aku bukan yang terbaik untuk beliau.. Aku tahu beliau dah ade someone yang lebih baik, bukan diriku..

BUKAN DIRIKU-SAMSONS

Setelah kupahami
Aku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu

Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah yang mengerti kamu
Bukanlah diriku ..

Kini maafkanlah aku
Bila aku menjadi bisu kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas 'tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku..

Chorus :

Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang ramah menyentuhmu
Bukanlah diriku..

Saturday, January 31, 2009

petang yang hot!!!

Aku tak yahu la, nape la hidup aku ni penuh dengan ranjau berduri dan berliku-liku.. Penuh liku yang jauh pulak tu.. Haha! ape yang aku merepek ni.. Sebenarnye petang tadi pergi membeli-belah(beli dan belah) di 1B.. Ala biasa la barang-barang dapur(barang terlarang ni..hehe!).. Aku la dengan member aku, Que(bukan Que Haidar k!!) pegi Giant tu nak beli barang tengah ade kenderaan di dalam genggaman kan, guna la dengan semaksima mungkin.. Pegi la merempit jap walaupon dalam keadaan hujan renyai-renyai yang membasahkan seluar jean kitaorang.. Haha! seperti biase la pegi park motor, then masuk 1B.. Dah habis membeli-belah, singgah jap sembang dengan pak guard yang dah naik pangkat tu.. Haha! habis je, terus la menapak ke motor, nak balik cepat ni.. Naik-naik je motor tu, dengan confidentnye pulas la minyak.. Tapi tiba-tiba rase cam berat lak kat belakang.. Nak kate Que memberat secara tiba-tiba, mustahil.. Tergaru-garu kepala aku kat situ.. Nasib tak ada yang tengok, Que je yang juling bijik mata tengok-tengok aku.. Haha! Rupa-rupanya memang tayar tu dah kempis.. Aduhai, peristiwa hitam kembali berulang.. Haha! masuk ni dah 3 kali kejadian yang sama berulang.. Tapi kali ini yang paling teruk la buat aku..
Kitaorang mengambil keputusan untuk menapak dan menolak motor tu sampai la ke Kingfisher Sulaman, dengan harapan yang menggunung di dalam hati(cam Gunung Kinabalu la tinggi die), berharap agar kat Kingfisher Sulaman tu ade la kedai motor.. Sambil-sambil menolak moto, kitaorang pon bersembang untuk menghilangkan rase boring dan penat(sebenarnye aku malu!! Hehe!!).. Sampai je depan Kingfisher Sulaman, harapan yang dibina hancur berkecai macam zanpaktau Matsumoto Rangiku, 10th Division of 13th Squad Division Fukutaicho, yang bernama Haineko(Haha! korang paham tak?? ) Terus langkah kaki kitaorang terhenti. Tiba-tiba.....Jeng jeng jeng.... Datang lak sorang mamat ni, terus berhenti tepi motor, tanye kenapa dengan motor ni.. aku dengan malasnye nak jawab.. Que la yang banyak cakap.. dipendekkan cerita, mamat tu tolong la kitaorang bawak motor kitaorang yang pancit tu, kitaorang lak bawak motor die yang dah diubahsuai.. Agak takut gak la naik motor mamat tu sebab macam-macam bunyik yang keluar.. Sampaikan Que nak terjun gaya bebas dari motor tu.. Tapi akhirnya kami selamat sampai jugak di rumah.. Terima kasih pada mamat yang baik hati tu.. Bile nak belanja makan pon tak tahu lagi.. Tapi die cakap die lame lagi di sini.. Haha!! Petang yang penuh dengan kenangan dan pengalaman yang berharga..=)

seJenaK beSAmA ORang GiLEr!!

Hari ni dengan secara rasminya aku menulis di dalam blog aku ni.. Tapi hanya untuk tatapan kawan-kawan dan family aku je la.. Malu nak bagi orang lain tengok blog aku yang tak seberapa ni.. Secara jujurnya, aku ni seorang yang kasar tapi lembut di dalam. Sebab tu mungkin aku rase seronok buat mende-mende yang sentimental cam blog ni. .Siapa aku di luar adalah berlainan dengan aku di dalam. .Haha! So don't judge me for my external looking, judge me with my internal looking.. Hehe!
People always make mistake coz judging others by external looking.. Dan aku sering kali merasakan semua itu.. Tapi dah tak kisah sebab da lali(dalam bahasa jawa lali ni maksud die lupe! Haha!) So, aku adalah aku(ceh cam tajuk lagu shima lak!).. Aku tahu ape yang aku buat dan apa yang aku rasa.. Orang lain tak dapat rase apa yang aku rasa(ayat ini dipinjam dari bestfriend aku time kat matrik dulu..Hehe!) dan bila rasaku ini rasamu(aku suka gile lagu ni), aku rase amat gembira dan seronok dapat berkongsi rasa dengan orang yang mempunyai rasa yang sama seperti rasa aku.. Haha! Berapa banyak rasa daaa?

BILA RASA INI RASAMU-KERISPATIH

Aku Memang Terlanjur Mencintaimu
Dan Tak Pernah Ku Sesali Itu
Seluruh Jiwa Telah Ku Serahkan
Menggenggam Janji Setiaku

Kumohon Jangan Jadikan Semua Ini
Alasan Kau Menyakitiku
Meskipun Cintamu Tak Hanya Untukku
Tapi Cobalah Sejenak Mengerti

Reff:

Bila Rasaku Ini Rasamu
Sanggupkah Engkau Menahan Sakitnya
Terkhianati Cinta Yang Kau JagaC
oba Bayangkan Kembali
Betapa Hancurnya Hati Ini Kasih
Semua Telah Terjadi